Gambar perhimpunan bantah PPSMI









Read On 0 comments

Yayasan Amal serah bantuan RM50,0000

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Yayasan Amal Malaysia menyerahkan cek bernilai RM50,000 kepada Pengurus Besar, Setiausaha Kabinet, Majlis Menteri Palestin, Awni M. Abu Harbeid di pejabatnya dekat Batu Caves hari ini.

Bantuan itu adalah untuk membolehkan Hamas membantu rakyat Palestin yang diserang Israel baru-baru ini.

Cek diserahkan oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Husein Ismail kepada Awni dengan diperhatikan oleh pemimpin dari kedua-dua belah pihak pagi ini.
Read On 0 comments

Najib bentang pakej rangsangan RM60 bilion

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM60 bilion yang bakal dilaksanakan untuk tahun 2009 dan 2010 ini.

Perkara ini dibentangkan oleh beliau ketika membentangkan 'Mini Bajet' di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Najib, pakej ini bertujuan untuk mengurangkan pengangguran, meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas, membantu sektor swasta menghadapi krisis dan membina keupayaan masa depan.

Dari jumlah RM60 bilion itu, RM15 bilion untuk suntikan fiskal, RM25 bilion dana jaminan, RM10 bilion untuk pelaburan ekuiti, RM7 bilion untuk inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan RM3 bilion untuk insentif cukai.

"Jumlah RM60 bilion ini adalah hampir 9 peratus daripada KDNK dan ia adalah kali pertama dilakukan dalam sejarah ekonomi negara," kata Najib.
Read On 0 comments

Kemelut Perak selesai dengan kerajaan perpaduan, kata Ku Li

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin kemelut di Perak boleh diselesaikan dengan dua cara sahaja iaitu "kerajaan perpaduan atau pilihan raya semula."

Beliau yang lebih dikenali dengan Ku Li berkata demikian dalam wawancara khas 30 minit bersama Siasah di bangunan Parlimen hari ini. Wawancara ini juga dirakamkan oleh Tvpas dan akan disiarkan serentak dengan Siasah Jumaat ini.

Bagi Ku Li, jika usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan di peringkat Pusat berjaya, maka segala kemelut yang berlaku di Perak itu akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Namun, jika kerajaan perpaduan ini tidak boleh dibentuk, maka pilihan yang ada hanyalah pilihan raya semula di Perak untuk mendapat mandat rakyat.

Siasah bersama Tvpas mengadakan wawancara khas dengan Ku Li ekoran kenyataan beliau menyokong kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencadangkan agar dibentuk kerajaan perpaduan di negara ini untuk menyelesaikan kemelut ekonomi dan politik yang ada sekarang.

Menurut Ku Li, sebelum ini beliau pernah berbincang dengan Presiden PAS itu serta Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan gagasan kerajaan perpaduan ini.

Dapatkan wawancara penuh dalam Siasah Jumaat ini.
Read On 0 comments

Hee Yit Fong masuk pejabat tetapi 45 minit sahaja

IPOH, 8 Mac: Bukan sahaja dirinya susah bahkan ibubapanya turut susah akibat perbuatannya.

Itulah yang berlaku terhadap Adun DAP Hee Yit Fong yang meninggalkan partinya dan menjadi Adun Bebas dan membantu BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Hari ini, 98 Mac, Hee buat pertama kalinya muncul di pejabat pusat khidmatnya jam 3 petang namun terpaksa meninggalkannya selepas berada di situ kira-kira 45 minit sahaja.

Ini kerana, orang ramai yang berada di kedai kopi berhampiran pejabatnya mula mengeluarkan kata kesat kepada beliau.

Hee tiba dengan suaminya menaiki sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan pejabatnya selepas menemui beberapa orang yang datang ke pejabat beliau.

Bahkan, beliau dikatakan terpaksa menyewa pejabat baru kerana pemilik rumah kedai itu tidak mahu lagi menyewakan pejabat itu kepada beliau.

Sebelum ini, ibu bapa Hee menghadapi masalah kerana para peniaga di pasar enggan menjualkan ikan atau sayur kepada mereka kerana marahkan tindakan Hee yang mereka dakwa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Orang ramai juga melakukan upacara menyembah mayat di depan pejabatnya selepas tindakan beliau sebelum ini.
Read On 0 comments

Percepatkan dakwa pembunuh Kugan, Mujahid

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kerajan Malaysia dan polis diminta mempercepat proses penyisatan dan pendakwaan ke atas pihak yang terlibat menyebabkan kematian A Kugan dalam lokap polis.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof berkata, dakwaan perlu dipercepatkan untuk mengelakkan salah faham antara kaum di negara semakin mereka yang boleh menyebabkan terjejasnya perpaduan nasional.

"Keadilan bukan setakat perlu dibuat tetapi perlu diperlihatkan," katanya kepada Siasah.

Bedah siasat kali kedua ke atas Kugan telah dijalankan pakar patologi forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Prashant Samberkar pada 25 Jan lepas.

Ia dilakukan atas permintaan keluarganya kerana tidak berpuashati dengan bedah siasat pertama di Hospital Kajang.

Kugan yang merupakan seorang suspek curi kereta mewah mati di Hospital Kajang 15 Januari lepas setelah empat hari di bawah tahanan polis.

Laporan bedah siasat kedua itu mengesahkan Kugan mati akibat penderaan secara berterusan ke atas beliau ketika berada dalam lokap polis.

4 Mac lalu, Ibu dan bapa mendiang Kuhan, Indra Nallathamby (Gambar atas dua, kanan) dan G. Ananthan (bertopi dua kiri) menyerahkan laporan bedah siasat kali kedua kepada Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Majid Tun Hamzah (kanan) di Pejabat Peguam Negara di sini 4 Mac lalu.

Turut mengiringi mereka peguam N. Surendran dan Anggota Parlimen Teluk Intan M. Manogaran.
Read On 0 comments
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008